Sabtu, 25 Ogos 2012

Assalamualaikum ..........

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan
setitis kasih dan cinta dalam
hati ini dan kini telah membuah rindu yang tiada jua dapat kutahan
geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku .

Buat Kekasih ...
Saat aku tuliskan surat ini buatmu ,
betapa hatiku sentiasa sarat dengan
rindumu . Rindu yang mendambakan kasihku padamu . Hatiku penuh
dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain . Hanya
kasihmu yang aku miliki , yang menceriakan kehidupanku walaupun

kadangkadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan .

Kekasih ... . .
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu .
Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki .
Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan
ia berada disampingmu . Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku ,
kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang
kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang
sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku .

Kekasih ... . .
Cintamu adalah yang terutama dalam senarai cintaku . Pertama
cinta Tuhan dan rasul , kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah
cintamu . Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah
Tuhan benarbenar menentukan dan menyatakan kehendaknya
dalam kisah perjalanan cinta kita ini .Namun aku sentiasa berdoa
agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan himgga dibawa
bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari
kemudian .

Kekasih ... .
Tiadalah sebaik katakata yang mampu
aku tuliskan dalam surat cintaku
ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu
yang memiliki hatiku ini . Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini
bersamamu . Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima
permohonan ini . Hanya padaNyalah aku berharap .

Kekasih ... .
Cinta dan rindumu adalah teman paling setia dalam hidupku walau saat
dirimu tiada disisiku .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan